Ini Rupanya Maksud Jerawat Yang Tumbuh Di Muka


Jerawat Di Dahi
Jerawat yang kerap tumbuh di dahi menunjukkan bahawa anda mungkin berada dalam keadaan tertekan. Maka anda perlulah menukar rutin harian anda dengan mengurangkan stress. Cuba tidur lebih awal dari biasa dan lebihkan pengambilan air suam. Anda juga boleh lebihkan masa untuk bersenam dan beriadah untuk mengawal emosi anda agar tidak terlalu tertekan.
Jerawat Di Pipi Kanan
Kebiasaannya jerawat yang banyak tumbuh di pipi kanan membawa petanda alahan. Contohnya alahan kepada seafood atau makanan masam. Selain itu ia juga ada kemungkinan berkaitan dengan paru-paru anda.
Jerawat Di Pipi Kiri
Jerawat di pipi kiri pula memberi gambaran kemungkinan toksin dalam dalam badan anda adalah agak tinggi. Malah ada kajian menunjukkan bahawa jerawat di pipi kiri ada kaitan dengan hati. Jadi pastikan emosi dan mood anda sentiasa ceria dan tidak terganggu.
Jerawat Di Hidung
Kerap tumbuh jerawat di hidung pula memberi petanda sistem pencernaan anda mungkin ada masalah. Elakkan mengambil makanan yang sejuk kerana ia boleh menjadi punca pengeluaran asid gastrik yang boleh menjejaskan sistem pencernaan anda.
Jerawat Di Dagu
Selalunya jerawat di dagu memberikan petanda bahawa haid atau period anda sudah semakin hampir. Jadi jika anda berdepan dengan masalah jerawat di dagu setiap kali menjelang period, eloklah anda sediakan krim anti jerawat. Nampak jerawat kecil dah tumbuh je, lekas-lekas sapu dengan krim anti jerawat untuk mengelak jerawat tersebut makin membesar dan merah.